Photobucket

Pahang Darul Makmur

Monday 25 April 2011

"perjalanan jauh tak ku rasa 
kerna hatiku melonjak sama
ingin berjumpa sanak saudara
yang selalu bermain di mata"

wahaha.......sape yang taw lirik nie, hatiku begitu melonjak gembira ingin pulang ke kampung halaman yang sentiasa dirindui. bak kate orang hujan emas negeri orang,hujan batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.
ibarat sirih pulang ke gagang. eh2...kelas kata bidalan@peribahasa ke ape ni.hehehe..tp itulah yang akan berlaku pada 27 April 2011, tepat jam lapan malam di terminal bas Shahab Perdana. tiket bas yang sudah dibeli menunjukkan destinasi ku yang ingin ke negeri tempat aku dibesarkan, Pahang Darul Makmur.hehe..


Tapi x boleh la nk gembira sangat sebab perjalanan jauh. kena beringat-ingat. tambahan pula, aku akan menempuh perjalanan yang agak panjang setibanya aku dibumi Pahang, Bentong. dengan barang-barang yang agak berat, lebih berat dari berat badan aku kott..memang hari itu dikhaskan untuk Hari Penat Sedunia. ade ke hari tu?tiba di Bentong jam 4 pagi waktu Malaysia then menunggu bas yang datang pada jam 9.00 pagi. dan terus ke destinasi yang dirindui, yang ditinggalkan sejak 3 bulan yang lalu. berdikari katakan. tp takut juga akan sebarang kemungkinan.
macam buat assignment jgak aku balik kampung time mcm ni...ade baik, ade buruk. hmm...pelik kenapa kukatakan mcm tu..? begini...yang baiknya aku dapat jumpa family jap, pastu dapat balik dengan hati yang tenang kerana tidak ada kelas yang perlu dikorbankan. Alhamdulillah,berjaya menjadi pelajar yang x ponteng kelas.hehe...yang buruknya, aku balik time study week, balik rumah buku mmg xde lah. mmg kalau boleh balik rumah nk kosongkan otak dari segala yang mengingatkan aku tentang assignment, tempat aku study dan segala masalah yg ade di tempat study aku ni(tempat praktikal x taw mana lg).haa....tu dia..oleh itu,untuk mengatasinya aku terpaksa pendekkan cuti aku.
xpe lah...janji dapat segarkan hati,minda dan otak dengan balik kampung..hehe..:P



 p/s: hohoho...balik kampung..."pakcik pandu cermat jiwa selamat"pesanan untuk driver bus.
       pernah dengar ayat ni, kalau sampai lambat, salahkan driver bus sebab lambat..tp..bila sampai cepat, driver bus jgak kene puji..bila excident, driver bus jgak yang dikatakan cuai...~renung2kan sesaat~


Read more...

satu titik permulaan.....

Thursday 7 April 2011

wahh... akhirnya aku mempunyai sebuah blog sperti rakan-rakanku yang lain. macam mana rasanya yea...? hehehe...aku tengok kawan aku addict je..jap-jap post kat wall fb,suh aku like dia punya entry...hehehe..(jangan marah pada yang berkenaan-mok nor). hurm...harap-harap aku boleh menambahkan minatku dalam dunia blogging nie...saya orang baru nk belajar berblogging, kalau silap sila lah guide kan yer.

Read more...

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP